Sepanjang karier Bola Sepak, perlu telah mewakili 6 kelab iaitu Brescia(1995), Inter Milan (1998), Reggina(1999), A.C. Milan(2001), Juventus (2011) dan New York City FC (2016).
Debut pertama Andrea Pirlo adalah pasa usia 16 tahun bersama Kelab Brescia dan membantu kelab tersebut untuk naik ke Seria A selepas menjuarai Seria B. Bakat perlu dilihat oleh pengurus Inter Milan ketika itu Mircea Lucescu. Namun oleh kerana Inter Ketika itu memiliki lineup pemain yang handal, Pirlo dipinjamkan ke Reggina bersama dua lagi ahli pasukan Roberto Baronio dan Mohamed Kallon. Selepas musim yang cemerlang di Reggina, Pirlo kembali ke Inter Milan namum masih tidak mampu untuk memasuki skuad utama Inter Milan.
Pirlo kemudian habiskan musim 2000–01 dan dipinjamkan kepada Kelab lamanya iaitu Brescia. Dan pengurus ketika itu Carlo Mazzone, mengambil tindakan yang luar biasa apabila menjadikan Pirlo sebagai Playmaker dan bukan nya posisi yang Pirlo mainkan iaitu offensive midfielder. Tindakan ini menyebabkan Pirlo menjadi pemain yang disegani dengan permainan dan hantaran yang kreatif yang dilakukan.
Disebabkan perestasi beliau yang meningkat, Pirlo berjaya mewakili skuad Itali U-21 bersama Gennaro Gattuso, Nicola Ventola, dan Christian Abbiati. Walaupun pernah menyertai Kelab gergasi Inter Milan, selepas 3 musim berada di Inter Milan, Pirlo dijual ke AC Milan. Namum setelah berpindah ke AC Milan, bakat Pirlo mula menyerlah ketika beliau beraksi di kelab itu dengan berjayaan demi kerjayaan yang dicapai dengan 1 kejuaraan Scudetto, 2 kali Juara Liga dan 1 kali juara Piala Dunia antara kelab.
Dia telah membuat 116 penampilan untuk Itali, menjuarai Piala Dunia pada 2006 dan mara ke final Euro 2012.

Pada umur 38 tahun Andrea Pirlo mengesahkan dia akan bersara selepas kontraknya bersama New York City berakhir pada Disember 2017. Ada khabar angin yang mengatakan selepas Pirlo bersara dari menjadi pemain bola sepak, beliau akan menceburi bidang kejurulatihan dan telah dikaitkan bakal ke England untuk menjadi penolong Antonio Conte di Chelsea. Walau bagaimanapun itu adalah khabar angin dan Pirlo belum lagi mengesahkannya.
Idola? Sememangnya Pirlo layak diangkat sebagai idola bola sepak. Bukan hanya dilihat dari bakatnya, pegelutan dalam karier beliau juga perlu diambil kira. Dari pemain yang ditolak ke sana sini, Pirlo akhirnya menjadi pemain utama di AC Milan dan membantu kelan tersebut mencapai pelbagai kejayaan. Usaha dan focus bola sepak beliau bukan berakhir di AC Milan sahaja, malah di Juventus sekalipun. Beliau tetap digeruni oleh pihak lawan dengan hantaran dan playmaking yang kreatif dan menarik.
Malam pada umur sudah hampir 40an, beliau tetap merumput di padang bola sepak kerana minatnya dan keazaman yang tinggi untuk memberikan pemainan yang menarik kepada peminat walaupun terpaksa bergelut dengan kecergasan.
Beliau juga boleh dijadikan contoh kepada pemain muda untuk terus berusaha dalam karier dan tidak mudah mengalah untuk mencapai kejayaan.
This is one of the best goals i have ever seen in my life— Smilin’ Destroyer (@JKR17th) October 8, 2017
ronaldinho's reaction was something alse
thank you andrea pirlo@Pirlo_official pic.twitter.com/Nr0yhaoV7n

